Thursday, May 01, 2008
:: KARNIVAL PRA-SUKMA (SUKAN MALAYSIA) TERENGGANU 2008 ::
KARNIVAL PRA-SUKMA TERENGGANU 2008
Tarikh : 1 - 6 Mei 2008
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh malam
Tempat : KOMPLEKS SUKAN GONG BADAK, KUALA TERENGGANU
PERASMIAN KOMPLEKS SUKAN NEGERI TERENGGANU
Tarikh : 10 Mei 2008
Masa : 8.30 malam
Tempat : STADIUM UTAMA
Dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
* Hadiah menarik disediakan kepada pengunjung bertuah
Posted at Thursday, May 01, 2008 by
adha
Permalink
Friday, April 11, 2008
:: KARNIVAL TM & FUTSAL HARIAN METRO ::
Tarikh : 11 & 12 April 2008
Masa : 9.00 pagi - 12.00 malam
Tempat : Perumahan Gong Badak &
Gelanggang Futsal Sport Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Posted at Friday, April 11, 2008 by
adha
Permalink
Saturday, April 05, 2008
:: Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ::
Tarikh : 5 April 2008
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan, SMK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.
Posted at Saturday, April 05, 2008 by
adha
Permalink
Tuesday, April 01, 2008
:: Tips Mengurangkan Tekanan ::
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja / hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil
wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang
dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar
apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain
seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran
sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat.
Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara
pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada
sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh
ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan
dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada
malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya,
ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa
setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar
bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha
yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai
sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan dan beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan
juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing
manis.
8) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan
tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati
lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,
mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai
contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan
tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan
itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat
mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu
bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh
dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting
ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup
dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa
kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang
lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan
perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu
memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan belajar @ kerja bukanlah satu bebanan
yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang
tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami
pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.
Posted at Tuesday, April 01, 2008 by
adha
Permalink
Saturday, March 29, 2008
:: Menyambut Kepulangan DYMM Yang diPertuan Agong ::
Tarikh : 29 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
Posted at Saturday, March 29, 2008 by
adha
Permalink
Friday, March 07, 2008
Assalamualaikum,
Selamat mengundi diucapkan kepada semua yang layak mengundi. Buatlah
pilihan yang bijak. Masa depan Malaysia terletak di tangan anda!
Posted at Friday, March 07, 2008 by
adha
Permalink
Sunday, February 24, 2008
:: Penamaan Calon Pilihanraya Parlimen Kuala Nerus (Kuala Terengganu Utara) ::
Penamaan Calon Pilihanraya untuk Parlimen P035 - Kuala Nerus, DUN N9 -
Tepuh, DUN N10 - Teluk Pasu, DUN N11 - Seberang Takir & DUN N12 -
Bukit Tunggal.
Tarikh : 24 Februari 2008 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
(Cawangan Kuala Terengganu Utara),
Gong Badak, Kuala Terengganu.
Posted at Sunday, February 24, 2008 by
adha
Permalink
Sunday, February 10, 2008
:: Road Tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian ::
Tarikh : 15 & 16 Februari 2008
Masa : 10.00 pagi - 12.00 malam
Tempat : Dataran Shahbandar,
Kuala Terengganu.
Posted at Sunday, February 10, 2008 by
adha
Permalink
Saturday, February 09, 2008
:: Program Bakti Remaja 2008 - Seberang Takir ::
Tarikh : 9 Februari 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan LKPI,
Teluk Ketapang, Seberang Takir,
Kuala Terengganu.
Posted at Saturday, February 09, 2008 by
adha
Permalink
Friday, February 01, 2008
:: Perkampungan Hadhari Terengganu 2008 ::
Tarikh : 1 - 9 Februari 2008
Masa : 9.00 pagi - 12.00 malam
Tempat : Taman Tamadun Islam
Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
Posted at Friday, February 01, 2008 by
adha
Permalink